Entah minggu bila baru-baru ni, gua dengar Anwar memang teruk betul perangai dia. Katanya dia main dengan entah amoi mana dekat hotel entah dekat mana. Entah macam mana dia boleh kantoi beromen gua pon entah tak tau. Jadi siapa yang kata Malaysia ni negara adil, pikir-pikirkan balik. Video Anwar katanya 22 minit, tapi kita rakyat biasa cuma dapat tengok 1 minit 47 saat, itu pon ada watermark tulisan Siam. Aak en naaa… Potong stim betullaaaaa!
Gua cuba untuk meletakkan kaki gua di kasut Anwar.
Gua membayangkan bahawa gua adalah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah dipecat daripada kerajaan, dipukul, dan dipenjara 7 tahun. Selepas dibebaskan, sekarang ini pula gua ada satu kes liwat yang membabitkan diri gua sendiri dan masih lagi berjalan di mahkamah. Gua tahu yang kerajaan memang sentiasa cari point setiap saat untuk jatuhkan gua. Apa sahaja point, asalkan boleh dijadikan modal oleh kerajaan akan digunakan untuk menyerang dan membinasakan gua. Oleh kerana itu, gua tak boleh buat silap. Semua musuh adalah musuh dan semua kawan boleh jadi musuh. Gua perlu waspada.Bila gua membayangkan ini semua, amat BANGANGLAH gua sebagai Anwar, kalau pergi cari Datuk EsGAY, lepas tu mintak pelacur. Kemudian bila dah dapat pelacur, biarkan Datuk EsGay rakamkan diri gua beraksi sedangkan gua tahu yang Datuk EsGay nih geng baik dengan Mahathir Mohamad. Kah kah kah! Bangang giler gua.
Ini amaran kepada POLIS! POLIS jangan bohong! Bawaklah pakar dari mana yang lu claimkan sebagai pakar waima Yusry KRU sekalipun. Tapi kami rakyat ada otak, berpelajaran dan ada mata! Yang paling penting, kami tak bodoh! Tengok video ini!
1. Jangan nak membohong kata camera CCTV ni disembunyikan dalam laci. Tak ada tanda-tanda pada gambar yang menunjukkan kamera ini terselindung dek apa-apa. Yang pasti, kamera ni diletak di ATAS MEJA. Polis tengok betul-betul! Jangan sebab rasa kuasa besar, Polis jadi bangang macam Nazri Aziz. Ingat besar sangat kuasa Polis lu tuh!
2. Kalau ikutkan cerita orang yang pernah tengok video ini full, video ini sepatutnya ada 4 angle. Jadi, cuba kau tengok atas meja solek dekat belakang tuh. Ada satu objek yang statik dan sedang berdiri. Gua tak dapat buat kesimpulan sebab gua tak dapat tengok video full, tapi sekiranya angle yang dimaksudkan bertepatan dengan angle objek tersebut, sah, memang ini video buat. Takkan Anwar tak nampak kot ada kamera kat situ…. Bangang giler Anwar!
3. Lebih kurang minit ke 1:17 – 1:20, “Anwar” ada ambik remote dari atas meja. Berhentikan masa di situ. Tengok “Anwar” punya misai dengan janggut ada atau tak ada. Ingat, tarikh kejadian ini berlaku kononnya pada 21 Februari 2011. Kemudian tengok video ini. Ini video Anwar pada 22 Februari 2011 ketika sidang mahkamah:
Ini pulak gambar statiknya.
Gambar malam 21 Februari 2011.
Gambar pagi 22 Februari 2011.
Kalau POLIS UMNO kata misai dengan janggut tak nampak sebab gambar kabur dan hitam putih, gua nak cakap, “Kalau lu dah tau macam tu tak per.” Kalau dah tau yang gambar ni kabur dan hitam putih, yang lu orang masih nak dakwa yang ini Anwar apa cerita? Yang buat video pon punya bahlol. Dah tau zaman sekarang zaman moden, macam-macam kamera boleh dibeli, yang dipilih kamera CCTV hitam putih ni apa kejadahnya? Bukan ke sengaja tu namanya. Bukan nak menunjukkan kebenaran, tapi saja nak mensensasikan cerita. Kalaulah video nih berwarna dan jelas nampak yang betul-betul ANWAR, bukan ker dah senang dah pembangkang nak tolak Anwar. Ini tidak. Dibaginya kita gambar CCTV kokak. Bangang punya UMNO!
Cuba tengok gambar kat bawah ni pulak. Pada gua ini gambar terbaik sebab angle dari gambar “Anwar” dalam video dan “Anwar” diluar video adalah sama. Malah bukan angle jer, tapi dari segi posture badan pon hampir sama. Jom kita buat perbandingan.
Tengok tang telinga, tengok tang rambut, tangok tang misai dan janggut. Kalau dalam video, “Anwar” nampak lebih muda dan sasa. Jalan pun laju! Kah kah kah!
4. Tapi sebenarnya ada satu benda yang gua betul-betul nak cari dalam video ni. Jangan kita lupa Anwar pernah buat operation tulang belakang di level L4 dan L5. Masalah sebenar gua tak tau. Mungkin prolapsed disc (disc terkeluar) atau mungkin juga sekadar osteophyte formation (tulang terlebih dan menekan saraf). L4 dan L5 adalah bahagian tulang yang bawah sekali sebelum sacrum dan tulang tongkeng. Ini contoh-contoh masalah yang boleh terjadi pada tulang belakang.
Walau bagaimanapun, apa yang penting, operation pernah di lakukan di Munich, German seperti ini:
Sekiranya ada pembedahan seperti ini pernah dilakukan ke atas Anwar, maka apa yang gua carik di sini adalah surgical SCAR atau dalam bahasa Melayunya parut operation.
Parut itu mungkin boleh berbentuk macam ni…
Atau macam ini…
Atau pun macam ini…
Bentuk SCAR ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada jenis pembedahan yang pernah dilakukan ke atas Anwar sebelum ini. Dalam video dekat atas tuh, lu akan boleh tengok beberapa part yang “Anwar” tunjukkan bahagian belakang badan dia dengan jelas sekali macam dalam gambar ni dan last sekali masa Amoi dalam video di pelok..
Semua orang tumpu pada muka, benda paling penting orang lupa. Ingat! Yang penting bukan rupa. Rupa boleh disolek-solek. Yang penting adalah tanda-tanda pada badan, sebab tanda pada badan tak pernah berubah. Tanda pada badan, tuan punya badan atau kaum kerabat dan sahabat handai rapat sahaja yang tau.
Satu lagi. Mana ada orang sakit tulang belakang ada otot trapezius, deltoid, dengan latissimus dorsi yang sampai macam tu dia punya sasa. Orang sakit tulang belakang ni dia patutnya muscle atrophy disebabkan penggunaan muscle belakang yang berhati-hati untuk mengelakkan daripada sakit. Ini siapa yang pilih casting nih? Kot yer pon, logikkan ler sket. Pelakonnya tu patut perlu diajar teknik method acting baru bleh jadi.
Memang ini video paling bangang gua pernah tengok dan bagi ulasan. Chelaka punya kerajaan BN. Tak habis-habis nak habiskan masa rakyat pikir benda mengarut. Jangan harap laaa orang percaya. Orang-orang kerajaan macam gua ni boleh ler lu tipoooo. Tapi lu tak boleh tipoooo semua orang. Ingat. Masanya akan sampai. Kesabaran rakyat ada batasnya!
Kepada POLIS, ini orang awam dah bantu siasatan sila siasat betul-betul. Korang tu SPM pun bukannya bagus sangat nak diharapkan selesaikan kes “susah-susah” macam ni. Dadah juta-juta dapat pulak POLIS tangkap. Tapi, kes Anwar yang macam ini pun tak selesai-selesai sejak tahun 1998 lagi. Sampai bila nak jadi anjing rasmi UMNO Barisan Nasional encik POLIS woiiii?
sumber
No comments:
Post a Comment