Followers

Thursday 14 April 2011

My Star A Portal

















































Puncakmas Marketing Sdn. Bhd telah menjalankan R&D serta aktivitinya pada pertengahan tahun 2007 dan dikorporatkan di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia pada tahun 2009. Operasi utama syarikat di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman.Diterajui oleh empat orang usahawan muda iaitu En. Mohd Norzuzafre bin Zulkifli (Presiden), En. Muhazani bin Mat Noh (Timbalan Presiden), En. Mohd Norshahar bin Zulkifli (Ketua Pegawai Eksekutif), En. Mohamad Shukri bin Sulaiman (Ketua Produk & Pembangunan Perniagaan).

Puncakmas Marketing Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat milik penuh bumiputera yang melahirkan produk-produk pendidikan secara “online” di Malaysia. Produk-produk yang dihasilkan adalah berteraskan pendidikan. Moto utama syarikat ialah “Cemerlang Satu Malaysia“.

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua pelajar dan masyarakat bahawa pendidikan secara atastalian (online) merupakan satu alternatif kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik melalui kaedah “website + education=Webucation”.

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan Guru-guru Pakar, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Jabatan IT syarikat untuk menyelidik dan membangunkan produk-produk syarikat bagi merealisasikan program-program yang dijayakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

MISI
Misi syarikat adalah untuk membantu pelajar-pelajar pelbagai peringkat untuk cemerlang di dalam bidang pendidikan melalui kaedah ICT serta meningkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat di dalam menjadi usahawan e-pendidikan. Selain daripada itu, syarikat juga berharap dapat melahirkan generasi yang cemerlang, celik Teknologi Maklumat (IT), berilmu serta memupuk minat generasi muda terhadap ilmu pengetahuan seiring dengan permodenan dunia Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT).

VISI
Menjelang tahun 2015 syarikat berhasrat untuk menjadi peneraju utama di dalam bidang e-pendidikan.

sumber

No comments:

Post a Comment