Followers

Friday, 8 April 2011

Orang perempuan marah

Komen seksis Ibrahim Ali di Parlimen semalam telah mencetuskan kemarahan kaum wanita di seluruh negara.

Ketua Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah berkata komen
tersebut tidak wajar datangnya dari seorang ahli parlimen.

Katanya, adalah mengejutkan apabila ahli parlimen Bebas Pasir Mas itu menyamakan wanita sebagai bahan mainan seks.
"...dan yang lebih teruk lagi ialah dia menggunakan agama untuk menjustifikasikan pendiriannya itu," kata Ivy kepada AFP.

Katanya, komen tersebut bukan sahaja menunjukkan Ibrahim menjunjung ketuanan Melayu tetapi juga ketuanan lelaki.

Tenaganita pula berkata, sentimen sedemikianlah yang menjadi salah satu punca berlakunya penyeludupan manusia di negara itu.

"Kerana orang seperti Ibrahim Ali percaya ianya adalah hak mereka untuk melakukan seks dengan isteri pada bila-bila masa, atau jika tidak, mereka cari di tempat lain, maka itulah sebabnya mengapa industri seks berkembang dan berlakunya kes-kes penyeludupan manusia," kata penyelaras kanannya, Aegile Fernandez kepada AFP.

Semalam, Ibrahim berkata peningkatan kes hubungan sulit luar nikah adalah berpunca daripada "para isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka" kepada suami.

Bercakap sewaktu sesi soal-jawab di Parlimen semalam, ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa, ada masanya bila suami "ada keinginan" tetapi bila pulang ke rumah, isteri kata tunggu kerana 'sedang masak' atau 'sedang bersiap untuk ziarah saudara-mara'.

Dalam Islam, katanya, para isteri sepatutnya menghentikan apa yang sedang dilakukan untuk memenuhi tuntutan si suami.

Beliau yang juga presiden PERKASA berkata, ketika memandu pulang selepas kerja, si suami melihat perkara-perkara yang 'menaikan semangat' dan mahu memenuhi kehendak tersebut bersama isteri.

Ibrahim mendakwa, kerana tidak mendapat layanan dari isteri, maka ada suami yang pergi ke tempat-tempat yang sulit untuk memuaskan kehendak mereka itu, dan kemudiannya video mengenainya didedahkan.
 

No comments:

Post a Comment