Followers

Tuesday 19 April 2011

Wan Ahmad Celik Ketika Kempen PR Sahaja

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar  yang mendakwa kempen pembangkang agresif ketika pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini. Kenyataan Wan Ahmad menunjukkan, mata beliau celik hanya melihat kempen pembangkang, tetapi matanya buta ketika melihat kempen BN.

Datuk Wan Ahmad istiqamah menjadi pegawai yang tidak menunjukkan sikap profesional beliau dalam mengendalikan pilihanraya. Apakah beliau tidak melihat bagaimana pihak BN menggunakan segala kemudahan kerajaan terutama media untuk menyerang bertubi-tubi terhadap PR daripada penamaan calon sampai  pada hari pembuangan undi.

Apakah beliau buta maklumat bagaimana media yang dikuasai oleh BN melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat dan memutar belitkan dan melaga-lagakan kenyataan dalam media perdana. Kenapa beliau membisu seribu bahasa terhadap perkara ini.


PAS tidak pernah dengar kenyataan yang keluar daripada beliau menegur pihak BN yang banyak melanggar tatasusila pilihanraya.

Beliau hanya bersuara ketika parti anutan beliau dibelasah oleh PR. Orang seperti Wan Ahmad inilah yang paling takut menghadapi pilihanraya kerana bimbang  talian hayat  beliau akan tamat jika BN kecundang.



Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments:

Post a Comment