Posted: 11 May 2011 09:58 PM PDT ![]() ALOR SETAR – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan melakukan lawatan rasmi selama tiga hari ke Kedah bermula 13 Mei ini. Baginda berdua dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 4.30 petang disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah. Sejam selepas itu, baginda berdua dibawa ke Istana Tetamu di Mentaloon bagi majlis mengadap KDYMM Tuanku Sultan serta Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Pada sebelah malamnya baginda berdua akan menghadiri majlis jamuan negeri di Istana Anak Bukit. ![]() Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah berangkat menaiki bot menyusuri Sungai Merbok seterusnya mengadakan lawatan di Muzium Peerhutanan, Gunung Jerai. Pada sebelah malam, baginda berdua akan berangkat ke majlis jamuan rakyat di Dewan Wawasan, Jitra. ![]() Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Persiapan rapi telah dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap semua program yang telah dirancang. |
Kategori-Kategori
- 1 Hari 1 Hadis (18)
- Bisnes dan Perniagaan (12)
- Iklan Percuma (13)
- Isu Negara (28)
- Kereta dan Motor (11)
- Kerjaya (1)
- Komuniti Pendidikan Interaktif Malaysia (7)
- Malaysia (1)
- Pelaburan Pasti Untung (2)
- Soal dan Jawab (17)
- Sukan (1)
Followers
Thursday, 12 May 2011
Seri PAduka Baginda Tuanku Sultan Mizan akan mengadakan lawatan rasmi ke Kedah
Kategori:
Isu Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment