Kategori-Kategori

Followers

Showing posts with label Bisnes dan Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Bisnes dan Perniagaan. Show all posts

Saturday, 16 April 2011

Kaedah Memahami Riba


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1123.

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Bilal datang kepada Nabi saw. membawa kurma Barni. Nabi saw. bertanya: "Dari mana ini?" Jawab Bilal, "Aku mempunyai kurma yang kurang bagus. Lalu ku jual dua gantang dengan segantang untuk dimakan Rasulullah saw." Sabda Nabi saw., "Wah, wah! Itulah riba! Itulah riba! Janganlah engkau lakukan lagi. Tetapi apabila engkau hendak membeli kurma yang bagus, juallah kurma yang kurang bagus secara jual beli, kemudian belilah kurma Barni."
sumber

apa yang efzack.owner faham:

Nabi saw melarang Bilal ra menjual dua gantang kurmanya yang kurang bagus dengan mendapat 1 gantang kurma yang bagus (seperti sistem barter). Nabi saw menganjurkan Bilal ra menjual dahulu dua gantang kurma yang bagus itu, mendapat duit atau nilai darinya, kemudian baru menggunakn duit itu untuk membeli kurma yang bagus tersebut.

Friday, 15 April 2011

Perniaagaan dan Kerja yang dilarang


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1027.

Dan 'Aun bin Abu Juhaifah r.a., katanya: "Saya melihat bapa saya membeli seorang hamba sahaya yang pandai membekam, lalu saya bertanya kepada bapa. Jawab beliau, "Nabi saw. hanya melarang jual-beli anjing dan jual-beli darah kemudian beliau melarang pula mencacah dan dicacah, memakan riba dan memberi orang supaya memakannya, dan beliau mengutuk orang yang membuat patung."
sumber

Thursday, 14 April 2011

Peranan KPDNKK terhadap Pengguna dan Pembeli


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1079.

Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Biasanya pada masa Rasulullah saw. orang banyak berjual beli buah-buahan, setelah tiba waktu memetik dan bayar membayar, si pembeli mengatakan: buah ini busuk, kena penyakit, layu dan macam-macam kerosakan yang mereka jadikan alasan. Ketika mereka bertengkar sudah demikian rupa, Nabi saw. bersabda: "Jika begitu, janganlah Tuan-tuan berjual beli sehingga telah nyata benar buah itu baik" Selaku orang yang suka bermesyuarat (demokrasi), beliau memimpinkan, hal itu kerana banyaknya terjadi pertikaian antara sesama mereka."
sumber

Wednesday, 13 April 2011

Jurujual dan Pembeli yang Adil


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1513.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang laki-laki membeli sebidang tanah dan menemukan sebuah tempayan yang berisi emas dalam tanah itu. Katanya kepada si penjual: "Ambillah emasmu, kerana hanya tanah yang saya beli dari engkau dan saya tiada membeli emas". Kata yang punya tanah: "Tanah itu serta isinya telah saya jual kepada engkau". Keduanya lalu meminta putusan kepada seseorang. Kata orang itu: Adakah kamu berdua mempunyai anak? Seorang di antara mereka berkata: "Ya, saya mempunyai anak laki-laki". Kata yang seorang lagi: "Ya, saya mempunyai anak perempuan". Kata hakim tadi: "Kahwinkanlah anak perempuan itu dengan anak laki-laki ini dan belanjailah keduanya dari harta itu dan bersedekahlah.".
sumber

Tuesday, 12 April 2011

Peringatan Buat Penjual


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1083.

Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang jual beli Muzabanah. Yakni, menjual buah-buahan dalam kebun. Jikalau dalam kebun itu ada pohon kurma, ia menjualnya dengan kurma kering gantangan; jikalau dalam kebun itu ada anggur, maka dijualnya anggur kering gantangan, atau pun tanam-tanaman (lain), dijualnya dengan gantangan. Beliau melarang kesemuanya itu."
sumber

Monday, 11 April 2011

Dilarang pengguna menipu dan juga dilarang penjual menipu semasa urusan jual beli


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1023.

Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Dua orang yang berjual beli boleh khiyar (memilih) selama keduanya belum berpisah, atau sehingga keduanya berpisah. Jika keduanya berlaku benar, baik dalam tindakan dan ucapan atau keterangan, maka jual beli keduanya diberkati (Allah). Dan jika kedua . . bersikap menyembunyikan dan dusta, keberkatan jual beli keduanya dihapus (sirna). "
sumber

Sunday, 10 April 2011

Hak Pengguna semasa Jual dan Beli


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1040.

Dari Ibnu Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Dua orang yang jual beli boleh khiyar selama keduanya belum berpisah, atau salah satu di antara keduanya mengatakan kepada yang lain, "pilihlah!" Dan boleh jadi juga beliau mengatakan, "Atau jual beli itu dengan khiyar." Kata Nafi' "Pernah Ibnu Umar apabila membeli sesuatu yang disenanginya, dia segera berpisah dengan penjualnya."

sumber

Friday, 8 April 2011

Kaedah urusan jual beli


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1047.


Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw., orang banyak membeli makanan dari rombongan orang-orang berkenderaan. Nabi saw. mengirim utusan kepada mereka supaya melarang mereka menjual makanan di tempat mereka beli, sehingga mereka dipindahkan ke tempat menjual makanan. Kata Ibnu Umar, "Nabi saw. melarang menjual makanan yang dibeli, sebelum selesai (timbang terima) jual beli itu."
sumber

Thursday, 7 April 2011

Jual Beli


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1041.

Dari Ibnu Umar r.a., dari Rasulullah saw., bahawasanya beliau bersabda: "Apabila dua orang telah melakukan jual beli, maka tiap-tiap orang dari keduanya boleh khiyar selama mereka belum berpisah, dan keduanya masih berkumpul, atau salah satu dari keduanya telah memberi khiyar kepada yang lain, dan keduanya telah melakukan jual beli atas dasar khiyar itu, maka sesungguhnya jual beli itu haruslah dilakukan atas yang demikian. Jika keduanya telah berpisah sesudah melakukan jual beli, sedang yang satu lagi , belum meninggalkan (tempat) jual beli, maka jual beli itu harus berlaku demikian."
sumber

Wednesday, 30 March 2011

Jom fikir dan zikir: Macam mana nak buat promosi perniagaan anda?

Jom fikir dan zikir:

MARKETING STRATEGY YANG DAPAT ANDA LAKUKAN UNTUK PROMOTE KEK/KUIH/BISKUT DLL YANG DIHASILKAN

1. Bila menghasilkan Kek/Kuih/Biskut untuk pertama kali, boleh gunakan cara seperti berikan Harga Promosi tapi berikan juga haribulan Harga Promosi itu diadakan. Macam kita shopping kat mall tu. Haaa dan juga bersedia untuk segala pertanyaan, misalnya jika Harga Promosi = RM7.50 dan Harga Jualan Biasa = RM10 katakan promosi ini adalah untuk mendapat feedback dari kawan-kawan sedap tak kuih yang dihasilkan dan ada apa-apa yang dapat anda tingkatkan sebelum anda meletak harga RM10 untuk kuih ini.

2. Print Nama. Alamat, Contact Nama di kertas buat cam ni haaa :-
Jika anda ingin order sila hubungi:-
Saudari ABCXYZ
Tel: 123456789 / 987654321

Buat lawa-lawa sikit pakai kertas warna kuning ke, biru ke font kasi lawa tebal sikit senang kalau makcik-makcik dah tua tengok number anda kalau nak order buat sikit design supaya lebih menonjol. Insyallah, jika kawan anda katakan kek sedap. Haaa inilah masanya mereka akan cakap kat kotak tu tadi ada no telefon orang ni haa boleh order.

Anda juga boleh sediakan namecard, untuk memudahkan pelanggan baru untuk mendapat butiran anda jika mereka ingin menempah. Gunakan daya kreativiti anda, anda boleh juga menempah kotak yang istimewa untuk anda pekkan produk anda. Ini akan memudahkan pelanggan jika mereka ingin memberikan kek/biskut/kuih sebagai hadiah.

3. Tak tahu nak promosi kepada siapa?? Kalau ada bekerja, buat sample kuih pass around di ofis dan katakan anda dah bersedia untuk membuat kuih ini, jika ingin order berikan detail seperti size loyang yang disediakan, berapa tinggi kuih dan harga kuih berkenaan. Kalau ada camera snap gambar tersebut dan tunjukkan kepada bakal pelanggan anda..[specialy yang ada blog]

4. Kalau anda tidak bekerja, berikan sample pada jiran-jiran untuk merasa dan boleh anda minta tolong dari saudara terdekat untuk promosi kepada kawan-kawan mereka.

5. Buatlah kuih/kek/biskut yang sedap dari segi rasa, menarik dari segi rupa dan kekalkan standard cara anda menghasilkan kuih tersebut atau kalau boleh naikkan standard dari segala aspek. Pelanggan kalau dah rasa sekali sedap, mereka inginkan rasa yang sama lagi.

Sedikit nasihat, jika pelanggan cakap ehhh sedap kek yang you buat ini, boleh tak saya minta resipinya. Sekiranya resipi tersebut adalah dari blog ?Resipi Sofieyya? berikanlah resipi tersebut lagipun  resipi disini ikhlas untuk semua.

Mesti kita semua pernah terasa dulu bagaimana hampanya kita jika hendak sesuatu resipi tapi tidak dapat. Begitu juga dengan mereka. Mana tahu bila anda memberi resipi tersebut, mereka sungguh berterima kasih dan mendoakan semoga perniagaan anda bertambah maju. Kita tidak tahu tapi Allah swt tahu.

sumber

Tuesday, 29 March 2011

Jom fikir dan zikir: Nak berniaga apa?

Jom fikir dan zikir:

Mungkin ramai diantara kita yang tertanya tanya dengan diri sendiri. ” Aku nak berniaga apa? “..


Ramai orang yang minat untuk menambah pendapatan atau menceburkan diri dalam perniagaan, tidak kira samada bisnes online ataupun offline. Tetapi tidak ramai yang dapat mengenali potensi diri dan mendapatkan produk dengan betul dan tepat mengikut permintaan dan kehendak semasa.

Idea berniaga mungkin adalah berbeza bagi setiap orang. Mungkin ada yang merancang untuk membuka kedai makan selepas pencen. Mungkin juga ada yang merancang untuk berniaga secara sambilan di internet ataupun ada yang berminat untuk berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa. Tapi apa produknya? Dimana hendak menjual ?

“Ingat, tiada gunanya kita mempunyai produk yang paling bagus di dunia kalau tidak dapat menjualnya!”

Kadangkala, kita terlalu ghairah dengan idea perniagaan dan ‘plan perniagaan syoq sendiri’ yang akhirnya tak kemana, untung tak nampak modal habis. Silap-silap haribulan menanggung bebanan hutang pula. Ini yang kita tak mahu dan kalau boleh nak elakkan. Rancang perniagaan anda dengan teliti agar kita tidak melakukan sebarang perkara bodoh terutamanya pembaziran dan modal mengatasi keuntungan. Cari idea yang boleh menjimatkan dan memerlukan kos yang rendah.

Guna barang sedia ada yang tidak memerlukan modal yang besar untuk berniaga.

Sebagai contoh, jika anda pakar dalam memasak nasik lemak dan disukai suami malah rakan rakan juga memuji masakan anda. Apa salahnya ambil inisiatif untuk berniaga nasik lemak secara kecil kecilan di kawasan berhampiran rumah anda.

Contoh kedua, jika anda seorang pelajar universiti yang bijak dan suka membantu rakan di kampus. Apa salahnya mencuba untuk mengajar kelas tambahan ataupun tuition secara peribadi. Iklankan kebolehan anda, subjek dan yuran berpatutan, Edarkan ke setiap peti surat di kawasan taman sekitar kampus anda. Percayalah, pasti ada ibu bapa yang menelefon untuk bertanyakan tentang anda! Bukankah ini juga bisnes dan peluang buat duit sampingan namanya?.

Demikianlah sedikit sebanyak input yang saya hendak kongsikan bersama anda buat kali ini

sumber

Monday, 28 March 2011

Jom fikir dan zikir: Terfikir Nak Berniaga?

Jom fikir dan zikir:

Artikel ini saya tulis khusus untuk anda yang menganggap diri anda ‘newbie’ ataupun baru menceburi dalam bidang perniagaan. Statistik menunjukkan bahawa dalam 100 orang yang memulakan perniagaan (tidak kira perniagaan internet, MLM, konvensional dan sebagainya), hanya 10 orang sahaja yang berjaya dalam perniagaan mereka. Saya pasti perkara ini akan membuatkan anda berasa ragu-ragu untuk memulakan perniagaan.
Izinkan saya berkongsi sebab-sebab yang mendorong mereka pada kegagalan dalam perniagaan. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda dan saya memberikan kebenaran untuk anda meletakkan artikel ini di blog anda dengan syarat tidak mengubah apa-apa isi kandungan.

1. Menganggap Perniagaan Adalah Sesuatu Yang Mudah

Membuat keputusan untuk memulakan perniagaan adalah mudah. Dengan berkata “Baiklah, aku ingin memulakan perniagaan internet mulai hari ini”, maka anda telah memulakan langkah untuk menerokai dunia perniagaan.
Namun, ia bukanlah semudah yang disangka. Cuba anda tanya pada usahawan-usahawan yang telah berjaya dalam perniagaan mereka. Saya pasti ramai yang bersetuju bahawa setiap perniagaan memerlukan masa dan usaha yang berterusan sebelum anda mencapai kejayaan dalam perniagaan yang diceburi.
Oleh itu, tukar mindset anda mulai hari ini. Jangan anggap perniagaan ini adalah sesuatu yang boleh menjanjikan kekayaan sekelip mata kerana semuanya tetap memerlukan usaha.

2. Sanggup Melaburkan Wang, Masa & Tenaga

Pernah terjadi apabila saya diajukan soalan bagaimana untuk memulakan perniagaan, saya menyuruh mereka untuk melaburkan sedikit wang untuk membeli buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan perniagaan. Apa yang peliknya, mereka terus mengeluh dan tanya kembali kepada saya, “Takde ke bisnes yang senang-senang sikit? Malaslah nak beli buku-buku ni.”
Saya tergamam mendengar soalan tersebut dan terus saya katakan bahawa mungkin mereka tidak sesuai memulakan perniagaan lagi. Ingatlah rakan-rakan, kita perlu mempunyai kesanggupan untuk melaburkan wang, masa & tenaga sebelum, ketika dan selepas memulakan perniagaan. Saya sendiri telah melaburkan wang sehingga mencecah ribuan ringgit untuk mendalami ilmu-ilmu perniagaan.

3. Bina Network (Jaringan Kenalan)

Perkara ini juga sering diabaikan oleh para usahawan dimana mereka tidak membina jaringan kenalan dalam perniagaan yang diceburi. Pembinaan jaringan kenalan amatlah penting bagi meningkatkan penjualan produk / servis anda dan juga membina hubungan antara usahawan.
Bayangkan jika si A tidak mempunyai produk yang diinginkan oleh pelanggan, si A boleh menghubungi si B yang mempunyai produk tersebut. Tidakkah perkara tersebut menguntungkan kedua-dua belah pihak? Apa yang penting, jagalah hubungan antara satu sama lain. Elakkan daripada timbul rasa hasad dengki. Ingatlah, rezeki kita semua berbeza-beza.

4. Baru Usaha 1%

Ini juga merupakan faktor kritikal mengapa kebanyakkan usahawan gagal sewaktu memulakan perniagaan mereka. Ambil contoh ini, si A telah menetapkan untuk memulakan perniagaan burger dan telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan.
Akhirnya gerai burger si A berjaya dibina dan kini si A menunggu pelanggan untuk datang membeli burger tersebut. Malangnya, tiada siapa pun yang membeli burgernya pada hari tersebut. Begitu juga pada hari-hari seterusnya. Akhirnya si A membuat keputusan untuk mengalah dan menanggung kerugian yang besar.
Apakah pengajaran yang anda dapat daripada cerita pendek di atas? Si A hanya memulakan perniagaan selama beberapa hari sahaja. Namun kerana tiada pelanggan yang datang untuk membeli, si A membuat keputusan untuk berhenti berniaga.
Dalam perniagaan, rugi adalah perkara yang biasa. Tetapi strategi yang berbeza menentukan kejayaan dalam sesebuah perniagaan. Mungkin si A boleh membuat sebuah banner yang mempunyai tarikan untuk menarik perhatian mereka yang lalu lalang di kawasan itu dan sebaliknya. Dengan kata lain, be creative. ;)

5. Tidak Menetapkan Matlamat Dalam Perniagaan

Kita semua sedia tahu dalam hidup perlu ada matlamat. Begitu juga dalam perniagaan dimana anda perlu mempunyai matlamat yang jelas sebelum anda memulakan perniagaan. Apakah sebab anda ingin berniaga? Jika anda tidak bertindak hari ini, apa yang akan berlaku pada anda sekeluarga? Dapatkan sebab-sebab yang kukuh untuk mengelakkan anda kecundang dalam perniagaan.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda. Pastikan anda tinggalkan komen yang bernas tentang artikel ini dan saya amat berbesar hati jika anda dapat berkongsi pengalaman perniagaan anda melalui ruangan komen yang disediakan.

sumber