Followers

Showing posts with label Soal dan Jawab. Show all posts
Showing posts with label Soal dan Jawab. Show all posts

Friday, 15 April 2011

Suntikan (Injection) Di Siang Hari Ramadhan

Soalan : Apakah suntikan perubatan di siang hari bulan Ramadhan mempengaruhi puasa?
Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin:
Suntikan perubatan ada dua jenis. Pertama, suntikan (infusion), yang mana dengan suntikan ini boleh mencukupi keperluan makan dan minum. Maka suntikan ini termasuk perkara yang membatalkan.
Adapun jenis yang kedua adalah suntikan yang tidak mengandungi zat makanan dan minuman. Jadi suntikan jenis ini bukan bererti seperti makan dan minum. Maka hukum puasanya sah sampai ada dalil syar’i yang menetapkan bahawa hal itu membatalkannya.
[Fatawa Ash-Shiyam, dikumpulkan oleh Muhammad Al-Musnad, hal. 58]
Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

Thursday, 14 April 2011

Bagaimana melakukan solat taubat

 Assalamu’alaikum Wr.Wb.
Barangkali ada diantara ikhwan dan akhwat yang mengetahui tentang tata cara sholat taubat beserta dengan do’a nya.
Wassalamu’alaikum Wr.Wb.
jawapan:
Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh,
Tatacara shalat taubat sama dengan shalat sunnah yang lain, yang membezakan hanyalah niatnya.  Jadi jika seseorang melakukan perbuatan dosa maka disunnahkan untuk segera melakukan shalat taubat dan berdoa meminta ampun kepada Allah Ta’ala.  Semoga tulisan berikut dapat bermanfaat.
Shalat Taubat

Allah Ta’ala berfirman,
Dan (juga) orang – orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa – dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui” (QS. Ali Imran : 135)
Sudah sepatutnya bagi seorang muslim untuk sentiasa berusaha bertakwa kepada Allah Ta’ala, juga selalu merasa dalam pengawasan-Nya, serta tidak terjerumus ke dalam maksiat. Jika pun seorang muslim berbuat dosa, maka sudah menjadi kewajipan baginya untuk segera bertaubat dan kembali ke jalan Allah Ta’ala. Dan Rasulullah ShallallaHu alaiHi wa sallam telah mensyari’atkan shalat ini ketika saat bertaubat.

Dari Ali radhiyallaHu ‘anHu, bahawa Rasulullah ShallallaHu alaiHi wa sallam bersabda,

Tidaklah seseorang melakukan perbuatan dosa lalu dia bangun dan bersuci, kemudian mengerjakan shalat, dan setelah itu memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan memberikan keampunan kepadanya” (HR. At Tirmidzi no. 406, lafazh ini miliknya, Abu Dawud no. 1521, Ibnu Majah no. 1395 dan lainnya, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Albani dalam Shahih Sunan At Tirmidzi I/128)
Berikut beberapa doa mohon ampunan kepada Allah Ta’ala yang dapat dibaca setelah shalat :
Rabbanaa dzalamnaa anfusanaa wa illam taghfirlanaa war hamnaa lakuunanna minal khaasiriin” yang ertinya “Ya Rabb kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang – orang yang merugi” (QS Al A’raaf : 23)

AllaHumma innii zhalamtu nafsii zhulman katsiiran wa laa yaghfirudz dzunuuba illa anta, faghfirlii maghfiratan min ‘indika warhamnii innaka antal ghafuurur rahiim” yang artinya “Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menganiaya diriku dan tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Oleh karena itu ampunilah dosa – dosaku dengan ampunan dari sisi-Mu dan berikan rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang” (HR. Al Bukhari no. 834 dan Muslim no. 2705)
Maraji’ :
Meneladani Shalat – shalat Sunnah Rasulullah, Syaikh Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul, Pustaka Imam Syafi’i, Bogor, Cetakan Kedua, Rabiul Awal 1425 H/ April 2004.
assunnah 
sumber 

Wednesday, 13 April 2011

Cuci Darah (Hemodialisis) Semasa Puasa

Soalan : Apa hukum mencuci darah (hemodialisis) bagi penderita sakit ginjal yang sedang berpuasa. Adakah dia harus qadha atau tidak ?
Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;
Dia wajib mengqadha kerana adanya tambahan darah bersih, dan jika ditambahkan zat lain, maka itu juga sebab pembatalan puasa.
[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, pertanyaan no. 2]
Komen Webmaster : Hemodialisis tidak membatalkan puasa selagi darah yang dicuci itu adalah darah sendiri (darah keluar masuk adalah darah yang sama dari pesakit). Namun jika berlaku pertambahan darah baru dari sumber lain dan dimasukkan zat tambahan, maka puasanya terbatal. WaLLAHu a’lam.
Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

Tuesday, 12 April 2011

Mencukur bulu kemaluan

Salam Tuan, Saya ditanya oleh non-muslim kenapa kita perlu mencukur bulu ari-ari. Saya jawab kerana sunnah nabi dan kebersihan. (1) Soalan saya, ada tak sebab lain dari segi biologi/sains kenapa kita digallakn untuk mencukur bulu ari-ari? Kalu boleh panel fiqh tolong jawab ye (1) Tolong letakkan hadith pasal ni dan kaitan dengan kebersihan (2) Sebab saintifik kenapa perlu dibuang. harap dapat membantu. terima kasih Wassalam



Assalamualaikum wrt wbt

Bismillah Walhamdulillah, Amma Ba’d :

(1)Tolong letakkan hadith pasal ni dan kaitan dengan kebersihan

Ada banyak hadis-hadis, antaranya :
Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)
Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.

Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)
Al-Nawawi berkata : “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi ; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).

Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan

(2) Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.
Berkenaan saintifik kenapa perlu buang, anda boleh merujuk kepada pakar-pakar perubatan.
Setakat yang ditemui oleh saya, kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. 

Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

(http://www.55a.net/firas/farisi/print_details.php?page=show_det&id=305)
Wallahualam .

al-ahkam
sumber 

Guna Inhaler Semasa Puasa

Soalan : Di beberapa farmasi ada inhaler yang digunakan oleh sebahagian pengidap athma. Adakah orang yang berpuasa boleh menggunakannya di siang hari Ramadhan?
Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;
Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.

Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1]
[Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]
Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

Monday, 11 April 2011

Meminum susu isteri

assalamu’alaikum,
Saya nak tanya berkenaan hukum terminum atau minum susu badan isteri
Waalaikummussalam

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ditanya soalan ini dan beliau berkata:

“Pernah suatu ketika pada zaman sahabat R.A. Salah seorang sahabat R.A melakukan hubungan dgn isterinya, dan semasa melakukan perhubungan beliau telah menghisap payu dara isterinya sehingga susu telah masuk ke dlm perutnya. 

Oleh kerana itu, beliau telah pergi berjumpa dgn Abu Musa Al-Asha`ari R.A utk bertanyakan hukum tentang ini. Lalu Abu Musa menjawab, “Isteri engkau sudah tidak halal buatmu.”

Selepas itu, lelaki tersebut telah pergi berjumpa dgn Abdullah Ibn Mas’ud R.A utk bertanyakan perkara yang sama dan Ibn Mas’ud mengatakan ia bukanlah menjadi kesalahan. Ibn Mas’ud memberikan hujjah dari hadith yang mana dgn jelas menyatakan bahawa susuan hanyalah terbatas utk 2 tahun pertama kanak-kanak. Lalu Ibn Mas’ud membacakan ayat:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)


هَذَا إِرْشَادٌ مِنْ اللَّه تَعَالَى لِلْوَالِدَاتِ أَنْ يُرْضِعْنَ أَوْلَادهنَّ كَمَال الرَّضَاعَة وَهِيَ سَنَتَانِ فَلَا اِعْتِبَار بِالرَّضَاعَةِ بَعْد ذَلِكَ وَلِهَذَا

Ini adalah perintah Allah Ta’ala kpd para ibu yang menyusukan anak sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. Maka selepas tempoh itu (2 tahun), ia tidak tidak dikira. Mendengar hujjah ini, maka Abu Musa R.A berkata: “Jgnlah engkau bertanya aku lagi sekiranya ulama besar ini berbicara.”
Penjelasan selanjutnya ayat al-baqarah:


قَالَ ” لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَة ” وَذَهَبَ أَكْثَر الْأَئِمَّة إِلَى أَنَّهُ لَا يُحَرِّم مِنْ الرَّضَاعَة إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ فَلَوْ اِرْتَضَعَ الْمَوْلُود وَعُمْره فَوْقهمَا لَمْ يُحَرِّم


Berfirman Allah, “Bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”
Oleh yang demikian, penyusuan menyebabkan pengharaman itu (i.e: haram utk dinikahi) berlaku sblm 2 tahun. Sekiranya bayi menyusu selepas 2 tahun, maka pengharaman itu tidak ada.

قَالَ التِّرْمِذِيّ : ” بَاب مَا جَاءَ أَنَّ الرَّضَاعَة لَا تُحَرِّم إِلَّا فِي الصِّغَر دُون الْحَوْلَيْنِ” حَدَّثَنَا قُتَيْبَة حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَة عَنْ هِشَام بْن عُرْوَة عَنْ فَاطِمَة بِنْت الْمُنْذِر عَنْ أُمّ سَلَمَة قَالَتْ : قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : ” لَا يُحَرِّمُ مِنْ الرَّضَاعِ إِلَّا مَا فَتَقَ الْأَمْعَاءَ فِي الثَّدْيِ وَكَانَ قَبْل الْفِطَامِ ” هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح وَالْعَمَل عَلَى هَذَا عِنْد أَكْثَر أَهْل الْعِلْم مِنْ أَصْحَاب رَسُول اللَّه – صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – وَغَيْرهمْ أَنَّ الرَّضَاعَة لَا تُحَرِّم إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ وَمَا كَانَ بَعْد الْحَوْلَيْنِ الْكَامِلَيْنِ فَإِنَّهُ لَا يُحَرِّم شَيْئًا.
(تَفَرَّدَ التِّرْمِذِيّ بِرِوَايَةِ هَذَا الْحَدِيث وَرِجَاله عَلَى شَرْط الصَّحِيحَيْنِ)


Berkata Imam At-Tirmidzi di bawah Bab Penyusuan Menyebabkan Pengharaman Dlm tempoh 2 tahun pertama: Diriwayatkan dari Qutaibah diriwayatkan dari Abu Awanah dari Hisham bin `Urwah dari Fathimah Bint Munzir dari Umm Salamah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: 

“Penyusuan akan menyebabkan haram sekiranya ia berlaku menyusu dan sebelum fitam (sblm 2 tahun).” At-Tirmidzi mengatakan, “Hadith ini hasan sahih dan majority para ahli ilmu dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W mengamalkan bahawa penyusuan menyebabkan pengharaman sblm tamat tempoh 2 tahun dan penyusuan selepas itu tidak akan menyebabkan pengharaman.” (At-Tirmidzi shj meriwayatkan hadith ini dgn jalur rijal yang memenuhi syarat sahihain)
Kesimpulannya: Tidak mengapa bapa bayi berbuat demikian dan tidak menyebabkan berlaku pengharaman:

Rumusan:
Umur yg mempengaruhi susuan ialah (bayi) yg belum mencapai umur dua tahun. Ini ijma’ sahabat kecuali Aisyah ra. (Imam anNawawi, Syarah Sahih Muslim : 6/214; Imam Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid: 2/36). Madzhab Daudi atau Zahiri mendokong pendapat Aisyah dan diperkuat oleh Imam Ibn Hazm.
Madzhab Hanafi bayi bawah 2 tahun 6 bulan. Maliki pula dua tahun beberapa hari. WA

Keliru Haid Ketika Puasa

Saya mempunyai waktu haid kebiasaannya 7-8 hari. Baru-baru ini saya dapati darah haid saya kurang daripada biasa. pada hari ke 7, setelah keluar sufrah saya telah mandi hadas dan dapat berpuasa pada 1 Ramadhan. Malam itu saya bersama dengan suami.
Keesokan harinya pada waktu saya hendak solat Zohor saya dapati ada lendir keputihan bercampur coklat. saya jadi bingung sama ada boleh solat dan meneruskan puasa atau tidak.
Adakah ianya dikira haid?
Jawapan oleh Abul Harith;
Apabila seorang perempuan melihat cecair putih atau kuning (yang keluar dari rahim selepas tamat haid), dan dia tahu dia sepatutnya suci buat masa itu, maka dia perlu berniat untuk puasa pada malam sebelumya dan harus meneruskan puasa.

Jika dia tidak pasti bila hari dia benar-benar suci, dia perlu memeriksanya dengan kain putih atau tisu. Jika ia bersih, maka teruskan puasa. Jika ia mula berdarah semula sama ada mengalir ataupun tompokan sahaja, maka dia perlu berhenti berpuasa selagi mana dia berada dalam tempoh haid (Fatwa Lajnah Daimah, 10/154)
Jika tidak berdarah sehingga Maghrib dan dia terus berpuasa seperti yang telah diniatkan pada malam sebelumnya, maka puasanya sah. Jika seorang perempuan merasa pergerakan darah haid dalam badannya tapi ia tidak keluar sehingga terbenam matahari, puasanya sah dan tidak perlu diganti. Jika darah haid atau nifas berhenti waktu malam dan dia berniat puasa, namun tidak sempat mandi wajib bila fajar (azan Subuh) menjelang, puasanya masih sah menurut semua ulama. (Fath al-Bari, 4/148)

Begitu juga, jika seorang wanita tahu haidnya akan datang kesokan harinya, dia masih boleh teruskan niat dan berpuasa. Dia tidak perlu buka puasa melainkan dia betul-betul melihat darahnya.
Rujukan : 70 Perkara Berkaitan Puasa oleh Syaikh Muhammad Salih al-Munajjid

Sunday, 10 April 2011

Seks dalam keadaan berbogel

salam
Apakah hukum berjimaa’ dlm keadaan bogel merupkan perbuatan yang terdapat hadith yang melarangnya? Bagaimana pula dengan ayat al-Qur:an ” Perempuan2 kamu seperti ladang bagi kamu”?
Aljawab:
 

1. Hukum berbogel ketika bersetubuh.
Prof Dr Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat Dr Yusof alQardhawi dari universiti Qatar menjelaskan kekeliruan umat Islam:
” …ramai yang faham jima’ (hubungan seks) hendaklah dilakukan dalam malam yang gelap gulita, jika jima’ di siang hari pula, hendaklah dilakukan dengan hanya membuka sedikit sahaja pakaian dan menutupi sebahagian besarnya, ada pula fatwa, tidak boleh memandang aurat satu sama lain dan hendaklah menjauhkan (mata) dari memandang alat kelamin masing-masing. Ini semua tidak disandarkan kepada dalil yang sahih. Sedangkan amalan ini bercanggah dengan keumuman nas-nas yang membolehkan:
” dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri dan sahaya miliknya.” AQT 23:5
mafhum alhadith:
” jagalah kemaluanmu, kecuali terhadap isterimu dan budakmu.” al-Albani, sahih Sunan Abu Daud, No 3391
alHafidz Ibn Hajar meriwayatkan hadith dari Aisyah ra. Sulaiman bin Musa pernah bertanya Atha’ akan bagaimana seorang lelaki yang memandang faraj isterinya, lalu aku (Atha’) bertanyakan akan Aisyah, lalu Aisyah meriwayatkan bahawa dia dan RasuluLlah saw pernah mandi bersama-sama. (alFath, 1/378)
Maka jelaslah bahawa boleh rupanya pasangan saling melihat aurat masing-masing.

2. Maksud ayat: AQT 2:223 (isteri-isteri kamu adalah sawah-ladang, maka kerjakanlah ladang itu sebagaimana yang engkau sukai.”)

Ibn Abbas berkata, ayat ini turun menjelaskan kekeliruan mengenai tatacara jima’ berhubung dgn kedudukan atau positioning semasa hubungan seks. Kaum Ansar (penduduk asal Madinah) mencontohi amalan Yahudi yang hanya bersetubuh dgn posisi miring sahaja. Jika suami mendatangi isterinya dari arah belakang, maka mata anak akan juling (mengikut kepercayaan Yahudi). Sedangkan kaum Muhajirin tidak mengetahui akan pantang larang penduduk Ansar dan Yahudi, lalu turunlah ayat ini membatalkan kepercayaan Yahudi itu.

Maka dengan turunnya ayat ini, hubungan seks boleh dinikmati dengan apa jua posisi dan stail mengikut selera masing-masing. (al-Albani, Adab azZifaaf, 28)

sekian
al-ahkam 
sumber 

Saturday, 9 April 2011

Air Mazi itu Najis, maka Oral seks pasti haram, kan?

Salam
Setahu saya, adalah makruh bagi isteri menikmati kemaluan suami dengan mulut dan harus bagi suami menikmati kemaluan isteri sedemikian berdasarkan dalil ” isteri kamu bagaikan kebun dan ladang milikmu yang boleh digunakan menurut kehendakmu asalkan tidak menyalahi hukum syarak seperti …. ” (liwat).
Tetapi saya menjadi keliru apabila menyentuh soal air mazi.
Air mazi adalah cecair yang keluar dari kemaluan ketika berghairah. Sudah pasti suami/isteri yang melakukan perbuatan di atas akan terkena air mazi pada/dalam mulut/lidahnya. Manakala Air mazi dikatakan najis dan hukumnya haram.
Soalan 1:
Jika hukum perbuatan sex tersebut adalah harus/makruh, bagaimana mungkin ia dapat dilakukan sedangkan air mazi itu najis?
Setahu saya najis adalah bahan perkumuhan dari sistem badan. Air mazi hanyalah bahan cecair pada anggota badan yang bertujuan untuk melicinkan anggota tersebut dan ia bukan bahan perkumuhan dari badan.

Soalan 2:
Jadi mengapakah air mazi dikategorikan sebagai najis? Apakah hukumnya berdasarkan ijma’ atau sememangnya hukum yang telah tetapkan Allah? Bolehkah ustaz nyatakan dalilnya?
Bukan bermaksud untuk mempertikaikan hukum Allah. Tetapi saya keliru kerana terdapat dua hukum dalam satu keadaan yang sama.
1. Harus/makruh pada perbuatan sex itu.
2. Haram dan najis pada air mazi.
Sekian, jawapan:

Jawab:
Hukum makruh bagi isteri melakukan seks oral kepada zakar suami dan Harus suami melakukan seks oral kepada vagina isteri adalah dua hukum yg berdasarkan dzann (sangkaan) sahaja. Ini kerana tidak ada dalil yg direct menyentuh isu seks yg luarbiasa memandangkan nature budaya Islam yg tinggi dan luhur. Oral seks masih diwartakan dalam Kanun kesiksaan Hukum Civil Malaysia sebagai seks luar tabi’iy, ini menunjukkan penggubal perundangan civil Malaya dulu melihat seks oral sebagai seks luar tabi’iy (tabi’at seks luar biasa).


Kitab2 klasik fiqh langsung tidak membahaskan hukum oral seks. Hanya internet dan industri filem biru yg mempopularkan jenis2 seks luarbiasa spt oral, anal, lesbian, gay, beastiality (seks dgn binatang), dan macam2 lagi.


Kita berpendapat oral seks perlu dijauhi kerana walaupun seks itu Halal dan isteri itu pakaian bagi lelaki dan suami itu pakaian bagi isteri tapi ia masih tertakluk pada adab dan ketaqwaan. Seperti juga makan dan minum, ia adalah harus, kita tertakluk pada adab2 makan, namun Barat mengajar cara makan yg extreme, mereka makan burger dan piza sambil menari,, dan meneguk air carbonated mereka sambil berjalan dan berlari.


Maka seks pun begitu, kita umat Islam menikmati seks dgn beradab, maka biarkan orang Barat menikmati seks mereka dengan melampaui batas. Gempa seks atau sexual revolution yg melanda Barat amat menakutkan sekali, bahkan jika industri VCD lucah yg berleluasa sekarang jika tidak dapat dibendung akan mengundang padah pada umat Islam juga, bila revolusi seks biru ini menular dalam masyarakat.


Maka kami tidak berani nak tahqeeq hukum Oral seks ini sehingga fuqaha’ dan mujtahid terkemuka hari melihat dan mengkaji dan mengeluarkan suatu hukum yg muktamad sebagaimana hukum dadah dan rokok.


2. Mazi adalah najis menurut kesepakatan ahli hadis (Albani, Tamamul Minnah). Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Ali bin Abi Talib ra. Maka jika mazi ini najis dan thabit kenajisannya melalui hadis sahih, maka anda boleh membuat hukum yg wajar utk oral seks. Lelaki dan wanita mengeluarkan cecair madzi semasa ghairah dan madzi itu najis dan jika cecair najis ini masuk dalam mulut, maka sudah tentu syara’ memandang serius masalah najis yg diambil secara sengaja. WA
al-ahkam 
sumber 

Friday, 8 April 2011

Cara Mandi Wajib

فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)


Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.

Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha

Beli Kereta Cara Islam, tapi insurans konvensional

Soalan 
Ustaz, saya nak membeli kereta. Saya membuat pnjaman kereta dari Islamic Bank, kemudian bagaimana dengan insuran? Saya dimaklumkan mesti buat insuran dan road tax di bank tersebut. Maka saya akan terdedah kepada insuran konvensional. Adakah harus?
-  soalan melalui sistem sms -
Jawapan
Pertama : Anda perlu membetulkan istilah dan kefahaman anda tentang Bank Islam. Anda mengatakan
“membuat pinjaman dari bank Islam”.
Hakikatnya Bank Islam tidak memberikan pinjaman tetapi memberikan pembiayaan melalui pelbagai konsep dan aqad yang menepati Shariah, Anatara konsep yang digunakan adalah Murabahah (seperti dibuat oleh Bank Islam Malaysia Berhad – BIMB) iaitu bank membeli dari pengedar dan menjual kereta itu kepada anda dengan harga ‘mark up’, kerana anda memilih bayaran secara ansuran.
Deposit 10 % atau lebih yang anda bayar kepada pengedar itu adalah sebenarnya kepada BIMB kerana mereka telah melantik pengerdar itu sebagai wakil mereka. Dapatkan info lanjut dari pegawai di Bank Islam Malaysia Berhad.


 
Kebanyakan Bank Islam lain pula mengamalkan konsep al-Ijarah Thumma Al-Bai’ iaitu “sewaan yang ditamatkan dengan jualan”, proses dibuat apabila pihak bank akan membeli kereta dari pengedar atau mungkin juga terus dari anda, dan kemudian apabila pemilikan bank ke atas manfaat kereta (beneficial ownership) telah sempurna, pihak bank akan menyewakan kereta itu kembali kepada anda, dan pembayaran terakhir akan dianggap sebagai jualan terus. Selain itu, ada juga Bank Islam yang menggunakan konsep Tawarruq dalam pembiayaan kereta. Semuanya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah masing-masing.
Insuran
Hukum insuran konvesnional adalah haram menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan, justeru anda wajib mengambil insuran Islam atau TAKAFUL dari mana-mana syarikat takaful yang wujud di Malaysia bila membeli kereta atau rumah.
Biasanya insuran tidak diuruskan oleh Bank, ia diuruskan oleh anda sendiri atau penjual kereta itu. walaubagaimanapun jika ia diurus oleh bank atau penjual, anda berhak untuk menuntut perlindungan TAKAFUL untuk kereta itu. Tiada sebarang undang-undang yang membolehkan mereka memaksa anda mengambil insuran yang tidak anda kehendaki.
Kebiasaannya, penjual kereta menggambarkan seolah-olah mesti diambil insuran tertentu, sebenarnya mereka sedang MENIPU. Hakikatnya mereka cuba mendapat untung lebih kerana syarikat insuran yang mereka cadang adalah panel mereka dan mereka akan mendapat komisyen kelak.
Jika mereka kata ‘tak boleh’, anda perlu tegas mengatakan bahawa jika demikian anda akan membeli kereta yang sama daripada pengedar dan penjual lain. Saya pasti tatkala itu mereka akan mengatakan permintaan anda boleh diusahakan.
Saya sendiri pernah mengalaminya apabila cuba ditipu kononnya mesti ambil dengan insuran konvensional tertentu yang memerlukan tempoh minimum 1 tahun, kemudian saya bebas untuk menukar kepada insuran lain atau TAKAFUL katanya. Dengan tegas saya katakan :-

“jika demikian, maaf, saya cari kedai lain. Saya mesti nak Takaful, 1 tahun dengan insuran, maaf saya tak mahu”

Dengan segera mereka dapatkan saya syarikat takaful.

Ingat, penjual kereta akan cuba paksa anda ambil insuran yg mereka jual kerana mereka dapat komisyen, jangan endahkan paksaan mereka. Tiada sebarang peruntukan kuasa untuk memaksa anda. Jika paksa juga, dan anda tertipu, sila buat aduan dan laporan segera kepada Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia. InshaAllah pasti menang.

Road tax akan diuruskan sekaligus oleh syarikat penjual atau Takaful, road tax tiada masalah, hukumnya adalah harus.
www.zaharuddin.net 

Mengawal Kelahiran

Soalan : Adakah mengawal kelahiran diizinkan dalam Islam
Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî, mantan Professor di Universiti al-Imâm, Riyadh
Penggunaan ubat-ubatan atau apa sahaja bentuk kawalan kelahiran yang akan mencegah kehamilan secara kekal (pemandulan) adalah tidak dibenarkan melainkan si ibu tenat atau berada dalam situasi di mana doktor memutuskan bahawa kehamilan boleh membahayakannya. Dalam kes sebegini, seorang wanita boleh mengambil langkah kekal untuk mengelak kehamilan. Ianya merujuk kepada pemandulan kekal ataupun kaedah lain.
Mengawal kelahiran diizinkan untuk semua wanita dalam bentuk merancang waktu kehamilan patut berlaku. Ia boleh dipraktikkan, apabila dan selama mana ia diperlukan bagi wanita untuk menangguh dari kehamilan. Sebarang bentuk kawalan kelahiran boleh diamalkan walaupun tanpa keperluan perubatan/kesihatan, selagi mana ia tidak menyebabkan kemandulan berterusan.
Prinsip umum dalam hal ini adalah dibenarkan melainkan apabila ada bukti khusus yang menyatakan sebaliknya. Tambahan pula, sebahagian Sahabat mengamalkan al-`Azl (menarik alat sulit supaya mani terpancut di luar rahim) semasa zaman Nabi s.a.w. dan Baginda tidak melarang mereka berbuat demikian.
Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.
Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Thursday, 7 April 2011

Menonton Video Blue (Lucah) untuk Belajar

SOALAN :

ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?

JAWAPAN :

Wa’alaikumussalam,

Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”

Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua: Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. (hadith berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat kemaluan pasangan kita)

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku pandauan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

sekian


MANDI HARI JUMAAT DAN BERHIAS, APAKAH UMUM UNTUK LELAKI DAN WANITA?

Pertanyaan.
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-UtHaimin ditanya : Mandi DI Jumaat dan berhias pada hari itu, apakah umum untuk lelaki dan wanita? Bagaimanakah hukum mandi sebelumnya, iaitu sehari atau dua hari sebelumnya?
Jawapan
Hukum ini hanya khusus bagi lelaki kerana orang yang menghadiri solat Jumaatlah yang dituntut untuk berhias ketika keluar. Sedangkan wanita tidak dituntut melakukan hal tersebut. Akan tetapi,  sesiapa sahaja jika pada tubuhnya terdapat kotoran, dia hendaklah membersihkannya. Ini kerana ia termasuk dalam perkara terpuji yang tidak layak untuk ditinggalkan.

Adapun melakukan mandi Jumaat sehari atau dua hari sebelumnya, maka ia tidak berfaedah. Ini kerana hadis yang menerangkan hal tersebut menyebutkan  bahawa mandi Jumaat khusus dilakukan pada hari Jumaat bermula daripada terbit fajar sehinggamenjelang solat Jumaat. Inilah waktu mandi Jumaat, sedangkan melakukannya sehari atau dua hari sebelumnya, maka hal itu tidak akan memperolehi sebagai mandi Jumaat. Dan Allah lah yang member taufiq

[Disalin dari kitab Majmu Fatawa Arkanil Islam, edisi Indonesia Majmu Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Akidah dan Ibadah, Penulis Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Penerjemah Furqan Syuhada,Qosdi Ridwanullah. Terbitan Pustaka Arafah]
http://almanhaj.or.id/content/2771/slash/0

sumber

Merokok Semasa Puasa Ramadhan

Soalan : Saya tahu bahawa merokok diharamkan oleh sebahagian ulama’. Bagaimanapun, saya ingin bertanya sebab rokok diharamkan semasa puasa. Apabila seseorang merokok, dia tidak memasukkan cecair atau makanan ke mulutnya.
Jawapan : Merokok adalah haram, maka tidak dinafikan lagi ia juga dilarang ketika berpuasa.
Berhubung sebab mengapa merokok membatalkan puasa, ini kerana rokok mengandungi partikel yang sampai ke perut.
Syaikh Ibn Uthaymin pernah ditanya mengenai orang berpuasa yang menghidu wangian perfum. Katanya;
“Adalah dibenarkan untuk menggunakan dan menghidu wangian perfum semasa siang Ramadan, kecuali asap kemeyan (atau gaharu). Asap kemeyan dan gaharu ini mengandungi partikel yang sampai ke perut, iaitu dari asapnya.”
(Fatawa Islamiyyah, 2/128)
Menghisap rokok seperti juga menghidu asap kemeyan dan gaharu, kerana kedua-duanya mengandungi partikel-partikel. Namun kedua-duanya berbeza dalam hukum asasnya; menghidu kemeyan adalah halal dan baik, sedangkan merokok haram dan mendatangkan keburukan.
Sumber : Diterjemah dan disunting dari http://islamqa.com

sumber

Solat dalam Keadaan Hadas Kerna Uzur

Soalan: Apakah hukum jika sesuatu keluar dari qubul dan dubur? Bagaimana jika seseorang mengeluarkan angin dari duburnya, walaupun dia telah mengambil wuduk lebih dari lima kali? Bagaimana pula jika dia terus melakukan solat itu. Adakah dikira darurat?
Jawapan:
Pertama, masalah sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur terlalu banyak seperti air mani, air mazi, air wadi, air kencing, tahi, darah haid, darah istihadoh dan darah nifas. Kesemua perkara berikut berbeza hukumnya. Umpamanya, jika air mani keluar seseorang wajib mandi junub. Jika air kencing pula dia wajib membasuhnya.
Kedua, mengeluarkan angin dengan sengaja tanpa keuzuran jelas membatalkan wuduk. Namun, jika penyakit berlanjutan seperti kembung sekali sekala tidak mengapa. Dalam hal ini, seseorang perlu berwuduk setiap kali ingin menunaikan solat. Tidak perlu menghiraukan kentut yang keluar.
Ketiga, sah solat orang yang bernyakit seperti wanita yang mengalami darah penyakit (istihadoh). Begitu juga dengan lelaki yang mengalami kencing tidak lawas (dedas) dan sebagainya. Walahu a’lam.
Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my

Monday, 28 March 2011

Jom fikir dan zikir: Uri Bayi untuk Produk Kosmetik

Jom fikir dan zikir:
Soalan : Saya ditanya oleh seorang ketua jururawat di hospital besar tentang pandangan Islam terhadap pengurusan placenta (uri bayi selepas lahir). Saya percaya soalan ini timbul berdasarkan fakta bahawa terdapat syarikat kosmetik menggunakan placenta untuk menghasilkan produk kecantikan. Soalan jururawat tersebut adalah adakah satu kewajipan untuk mengebumikannya ataupun dibenarkan untuk diberi kepada pihak ketiga.
Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di Universiti King Khâlid, Abhâ
Uri bayi adalah sebahagian dari badan wanita. Ia sepatutnya dikebumikan (diuruskan) sebagaimana bahagian badan lain yang dikebumikan apabila ia telah dipotong.

Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan kosmetik oleh syarikat atau sesiapa sahaja.

Walaubagaimanapun, ia boleh didermakan untuk kegunaan terdesak kepada orang lain jika terdapat keperluan perubatan untuk rawatan.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.
Sumber : Arkib Fatwa, http://islamtoday.com